Kerjaya antarabangsa Robert Lewandowski

Lewandowski (kanan) bermain untuk Poland menentang Hungary pada 2011

Lewandowski membuat tiga pemunculan untuk pasukan bawah-21 Poland dalam perlawanan persahabatan menentang England, Belarus dan Finland. Dalam debut Lewandowski untuk pasukan senior pada 10 September 2008, tiga minggu selepas hari lahirnya ke-20 menentang San Marino di mana beliau sebagai pemain gantian dan menjaringkan satu gol.[62][63]

Bermain di Warsaw dalam perlawanan pembukaan kejohanan UEFA Euro 2012 menentang Greece di mana Lewandowski menjaringkan gol dengan menerima hantaran dari Jakub Błaszczykowski dan menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.[64] Beliau bermain tiga perlawanan untuk Poland dalam peringkat kumpulan dalam kejohanan itu, namun Poland tersingkir selepas tewas kepada Republik Czech, Poland sekadar mengutip dua mata.[65][66]

Lewandowski menjaringkan dua gol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino. Kedua-dua gol Lewandowski ialah penalti. Dalam kempen seterusnya pada 6 September, Lewandowski menjaringkan gol menentang Montenegro 1-1.[67]

Pada 7 September 2014, dalam perlawanan pertama Poland dalam kelayakan Euro 2016, Lewandowski menjaringkan gol hat-trick buat pasukan kebangsaan buat pertama kalinya ketika menentang Gibraltar[68]

Rujukan

WikiPedia: Robert Lewandowski http://www.bbc.com/sport/0/football/22540468 http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2013/000026... http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2013/000027... http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2013/000029... http://www.bundesliga.com/en/tournaments/news/2013... http://www.fifa.com/worldcup/archive/southafrica20... http://soccernet.espn.go.com/match?id=297229&cc=59... http://soccernet.espn.go.com/match?id=346403&cc=59... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/10691... http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=772358&...